Aug 8, 2010

Tempahan Biskut Raya 2010

Salam sejahtera..

Tempahan bagi biskut raya bagi tahun 2010 sudah dibuka.. berikut adalah senarai biskut....

1) Tat Nenas - RM 22/-
2) Almond London - RM 22/-
3) Bebola Oat - RM 21/-
4) American Crunchy - RM 21/-
5) Suji Almond - RM 20/-
6) Golden Ring - RM 20/-
7) Coffee Crunchy - RM 20/-
8) Cenderai Manis - RM 20/-
9) Teratai Layu - RM 20/-
10) Samperit - RM 20/-

Note:
-Harga adalah bagi 50 biji..
-bagi diluar kawasan Seberang Perai, sila nyatakan tempat dan kuantiti yang hendak ditempah sebelum membuat tempahan..

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada email cheza60@gmail.com


Note: sila layari Cheza Cookies FB untuk melihat gambar..

Sekian, Terima Kasih

Jan 4, 2010

Recipe: Tips & Tricks 1


Salam Sejahtera & Semangat Tahun Baru 2010. Tidak terlambat rasanya kami di Cheza Cookies untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada pelanggan tetap, penggemar-penggemar kuih Cheza Cookies, pengunjung tetap blog ini, fan-fan Cheza Cookies di Facebook dan bakal-bakal pelanggan Cheza Cookies.

Entri tahun baru 2010 ini, Cheza Cookies ingin berkongsi sedikit 'Tips & Tricks' mengenai pengetahuan asas dalam membuat biskut. Pengetahuan asas dalam membuat biskut ini penting untuk menjadikan biskut rangup, gebu dan cantik. 

Berikut merupakan tips oleh Cheza Cookies yg boleh dikongsi bersama.

1) Pemahaman
Perkara yang paling utama dalam membuat biskut adalah; memahami jenis-jenis bahan yang diperlukan dan memahami cara untuk membuatnya.

Selain itu sukatan dan timbangan setiap bahan perlu mengikut resepi dan bukannya mengurangkan berat, kerana walaupun sedikit, ia mampu menjejaskan keaslian rasa kuih tersebut.

2) Pemilihan
Pemilihan bahan-bahan amat penting kerana ia menentukan kualiti biskut tersebut,terutamanya,dalam memilih tepung dan telur bagi membuat kuih. Telur yang segar/tepung yang baru boleh didapati di pasar/pasar raya. Elakkan membeli telur yg lama kerana dikhuatiri telur itu busuk.

Untuk mengelakkan adunan lembik, seeloknya memilih telur grade B kerana telur yang besar (grade A) untuk membuat biskut tidak sesuai kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dalam sukatan. Lazimnya, adunan yang lembik (xmenjadi) boleh ditambah sedikit tepung ke dalam adunan. Jika tidak berhati-hati; adunan akan  mengeras dan mengubah rasa biskut.

Mentega/butter

Selok-eloknya menggunakan mentega yang lembut (selepas dikeluarkan dari peti ais) baru dicampurkan dengan bahan lain seperti telur dan gula. Kacau sehingga ketiga-tiga bahan ini sekata. Jika kacau secara berlebihan ia akan membantutkan kuih.

**elakkan penggunaan mentega yang keras kerana, jika anda tidak berhati-hati, ia akan menjadi berminyak apabila dikacau berlebihan.

Seterusnya, setelah memasukkan tepung ke dalam adunan mentega untuk membuat biskut, elakkan uli berlebihan.

**sekadar menggunakan hujung-hujung jari untuk mengadunkannya hingga rata. Menguli secara berlebihan akan menyebabkan biskut menjadi keras.

3) Menghias
Untuk menghias biskut, ia memerlukan gam, caranya adalah dengan menggunakan telur kuning sahaja yang dicampur sedikit pewarna untuk kelihatan lebih menarik/terang.

**Jika coklat,seeloknya dipanaskan dahulu dalam ketuhar selama beberapa minit,kemudian kacau sehingga cair, elakkan dari termasuk air, kerana coklat akan rosak.

4) Membakar
Sebelum mmbakar, panaskan ketuhar terlebih dahulu mengikut suhu yang disebutkan di dalam resipi. Sekiranya anda membakar 2 dulang sekaligus dalam dua rak berasingan,seeloknya anda alihkan biskut di rak atas ke bawah dan sebaliknya selepas membakarnya separuh masa, maka biskut akan masak atau garing sama rata.

**Jika biskut sudah lemau,panaskan semula di dalam ketuhar selama beberapa minit dan biar sejuk seketika,biskut akan menjadi ranggup semula.

5) Menyimpan
Selepas dibakar,biskut dibiarkan sejuk seketika sebelum bekas ditutup dengan rapat.

**Simpan didalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut cepat lemau.

Moga-moga 'Tips & Tricks' ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sekiranya para pengunjung ingin menambah/komen tips-tips yang lain adalah sangat dialukan pada ruangan 'comment'. Sekian dahulu untuk entri kali ini. 

Dec 7, 2009

News: Alhamdulillah dan Syukur

Alhamdulillah dan Syukur.. blog ini mendapat sambutan yang diluar jangkaan walaupun masih berusia kira-kira seminggu..

Order yang diterima dari bandar2 utama di Malaysia sangat menggalakkan..Ada yang dari Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, Penang dan lain-lain lagi..Namun, buat masa ini kami di Cheza Cookies masih belum menyediakan perkhidmatan pos; hanya pengambilan sendiri atau penghantaran sekitar kawasan Seberang Perai, Penang sahaja. Itu pun tertakluk kepada bilangan tempahan yang dibuat. Kami memohon maaf di atas kesulitan tersebut.

InsyaAllah, suatu masa nanti kami akan menyediakan perkhidmatan pos/delivery setelah penempahan secara online ini sudah stabil kelak.

Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan penggemar kuih-kuih dan kek, Cheza Cookies pernah mendapat tempahan khas sehingga ke United Kingdom (UK) dan penghantaran kuih-kuih tersebut selamat dan berada dalam keadaan baik.

Terima Kasih diucapkan kepada fan-fan Cheza Cookies di Facebook yang sudah mencecah 54 orang. Klik sini.

p/s: tempahan dibuka sepanjang tahun dan tidak semestinya pada musim perayaan sahaja.

Add This

Bookmark and Share
 

Cheza Cookies Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon | Blogger Templates by Blogger and Blogger Templates