Jan 4, 2010

Recipe: Tips & Tricks 1


Salam Sejahtera & Semangat Tahun Baru 2010. Tidak terlambat rasanya kami di Cheza Cookies untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada pelanggan tetap, penggemar-penggemar kuih Cheza Cookies, pengunjung tetap blog ini, fan-fan Cheza Cookies di Facebook dan bakal-bakal pelanggan Cheza Cookies.

Entri tahun baru 2010 ini, Cheza Cookies ingin berkongsi sedikit 'Tips & Tricks' mengenai pengetahuan asas dalam membuat biskut. Pengetahuan asas dalam membuat biskut ini penting untuk menjadikan biskut rangup, gebu dan cantik. 

Berikut merupakan tips oleh Cheza Cookies yg boleh dikongsi bersama.

1) Pemahaman
Perkara yang paling utama dalam membuat biskut adalah; memahami jenis-jenis bahan yang diperlukan dan memahami cara untuk membuatnya.

Selain itu sukatan dan timbangan setiap bahan perlu mengikut resepi dan bukannya mengurangkan berat, kerana walaupun sedikit, ia mampu menjejaskan keaslian rasa kuih tersebut.

2) Pemilihan
Pemilihan bahan-bahan amat penting kerana ia menentukan kualiti biskut tersebut,terutamanya,dalam memilih tepung dan telur bagi membuat kuih. Telur yang segar/tepung yang baru boleh didapati di pasar/pasar raya. Elakkan membeli telur yg lama kerana dikhuatiri telur itu busuk.

Untuk mengelakkan adunan lembik, seeloknya memilih telur grade B kerana telur yang besar (grade A) untuk membuat biskut tidak sesuai kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dalam sukatan. Lazimnya, adunan yang lembik (xmenjadi) boleh ditambah sedikit tepung ke dalam adunan. Jika tidak berhati-hati; adunan akan  mengeras dan mengubah rasa biskut.

Mentega/butter

Selok-eloknya menggunakan mentega yang lembut (selepas dikeluarkan dari peti ais) baru dicampurkan dengan bahan lain seperti telur dan gula. Kacau sehingga ketiga-tiga bahan ini sekata. Jika kacau secara berlebihan ia akan membantutkan kuih.

**elakkan penggunaan mentega yang keras kerana, jika anda tidak berhati-hati, ia akan menjadi berminyak apabila dikacau berlebihan.

Seterusnya, setelah memasukkan tepung ke dalam adunan mentega untuk membuat biskut, elakkan uli berlebihan.

**sekadar menggunakan hujung-hujung jari untuk mengadunkannya hingga rata. Menguli secara berlebihan akan menyebabkan biskut menjadi keras.

3) Menghias
Untuk menghias biskut, ia memerlukan gam, caranya adalah dengan menggunakan telur kuning sahaja yang dicampur sedikit pewarna untuk kelihatan lebih menarik/terang.

**Jika coklat,seeloknya dipanaskan dahulu dalam ketuhar selama beberapa minit,kemudian kacau sehingga cair, elakkan dari termasuk air, kerana coklat akan rosak.

4) Membakar
Sebelum mmbakar, panaskan ketuhar terlebih dahulu mengikut suhu yang disebutkan di dalam resipi. Sekiranya anda membakar 2 dulang sekaligus dalam dua rak berasingan,seeloknya anda alihkan biskut di rak atas ke bawah dan sebaliknya selepas membakarnya separuh masa, maka biskut akan masak atau garing sama rata.

**Jika biskut sudah lemau,panaskan semula di dalam ketuhar selama beberapa minit dan biar sejuk seketika,biskut akan menjadi ranggup semula.

5) Menyimpan
Selepas dibakar,biskut dibiarkan sejuk seketika sebelum bekas ditutup dengan rapat.

**Simpan didalam bekas kedap udara untuk mengelakkan biskut cepat lemau.

Moga-moga 'Tips & Tricks' ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sekiranya para pengunjung ingin menambah/komen tips-tips yang lain adalah sangat dialukan pada ruangan 'comment'. Sekian dahulu untuk entri kali ini. 

No comments:

Post a Comment

Add This

Bookmark and Share
 

Cheza Cookies Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon | Blogger Templates by Blogger and Blogger Templates